Sunday, July 29, 2012

MENJADI RABIATUL ADAWIYAH ABAD KE-21~ ‘KERANA CINTAKU PADA ALLAH MELEBIHI HIDUP DAN MATIKU'

 

Bismillah…
Assalam semua…
Setelah lama berfikir (memang lama benar fikir sampai supervisor pun dah bising dah), inilah tinta pertama ana di sini. Anggap sajalah ini tulisan seorang budak mentah yang baru dilahirkan semula dan baru belajar menulis dan membaca…eh silap! Belajar membaca dulu baru menulis…baru betul!
Sebagai seorang yang membesar dalam zaman globalisasi ni, mungkin ramai juga yang sedar akhlak remaja makin hari makin ke dalam longkang. Berhibur makin hari makin terbang ke awan… dunia makin tunggang terbalik, cuma kaki manusia masih lagi menjejak ke tanah (itupun kalaulah dalam masa terdekat ni tak jadi macam citer WALL-E…).
Pendek katalah, manusia zaman sekarang dah lupa sebab musabab kewujudan mereka pada hari ini…
‘Entah sejak bila…manusia mula hidup demi keseronokan semata-mata…’-quoted from SR
Tapi di mata analah, rasa-rasanya syiar Islam juga makin berkembang. Mungkin sejak menjejak ke alam pengajian tinggi barulah nak terbuka mata yang dah lama tertidur ni. Dulu ingatkan bila dah jauh dari mummy dan daddy makin hilang arah. Alih-alih sebaliknya yang berlaku… Alhamdulillah… Allah Maha Berkuasa yang menentukan segalanya, dari zaman jahiliyah abad ke-21 beralih ke zaman hijrah di mana sistem dakwah sangat berkesan.
Bersyukur yang teramat bila ditemukan dengan insan-insan yang menjadikan redha Allah sebagai kayu ukur dan bukan bilangan A dalam exam, yang menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola dan bukannya Super Junior, yang menjadikan ilmu sebagai peningkat keimanan dan bukannya berapa kali haji, yang menjadikan hikmah tutur kata sebagai hiasan akhlak dan bukannya tudung labuh semata-mata, yang menjadikan ukhuwah sebagai inti tali persaudaraan dan bukan harta mahupun kedudukan…
Inilah yang telah ana pelajari… inilah Islam yang ana temui di satu sudut kecil atas muka bumi ini… Penduduknya belajar ilmu keduniaan, tapi tidak melupakan amalan ukhrawi... Sebagai seorang dari kaum hawa, terdetik di hati untuk berubah sedikit demi sedikit demi melayakkan diri di medan dakwah. Mungkin kini pun belum layak, mungkin memerlukan berpuluh-puluh tahun lagi untuk layak, tetapi tidak salah untuk mengambil langkah yang pertama. Nak berjalan jauh pertama sekali kena menyarungkan kasut atau selipar. Terpulang pada kita nak pakai Sneakers terpakai, selipar jepun, jenama Gucci hatta Zara sekali pun, pilihan kita bahkan akan menentukan destinasi kita nanti. Jarang sangat ada orang pakai Loius Vouitton (kalau salah eja mintak maaf la…) stail high heels untuk pergi berperang di medan dakwah.
Apapun! (dah lupa tajuk asal ni…hahax!) Ana pilih tajuk ‘Rabiatul Adawiyah’ pun bersebab juga. Ana bukannya nak bercerita sejarah Islam dan pencapaiannya dan sebagainya… sejarah, history… daripada perkataan HIS STORY, kalau nak ikut kepala ana nilah, dah tau sejarah tu cerita dia, I mean, dia punye cerite, yang kita nak bangga sangat apasal? Itu cerita DIA, bukan kita! Kita ni dah abad ke-21, bukannya zaman batu lagi. Berapa lama lagi kita nak terus mimpi tidur dalam gua lepas tu ada malaikat peluk kita dari belakang? (terbaik ah punya mimpi!) Sudah tiba masanya kita buat cerita kita sendiri. Our story, my story. Sejarah hanya untuk diambil pengajaran dan iktibar, bukan untuk jadi intipati mimpi di siang hari.
Rabiatul Adawiyah kita kenal sebagai seorang perempuan yang menghambakan seluruh hidupnya untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Pada zaman sekarang, bukanlah mustahil kalau nak berpurdah, baca Al-Quran, berzikir, solat 24 jam…kalau itu yang termampu… tetapi, ana rasalah, walaupun bergelar hawa, bukan itu saja ibadat yang boleh kita lakukan. Apatah lagi zaman sekarang ini sangatlah memerlukan dakwah penuh hikmah, penuh kasih sayang, penuh kesabaran dan keikhlasan, sentuhan seorang ibu dan isteri, di samping teman sejati dan penyokong teguh kepada muslimin sekalian…
Bila sudah ada pendakwah muslimin, adakah bermaksud tak perlu ada pendakwah muslimat? Bila ada penulis muslimin, tak perlu ada penulis muslimat? Ada doktor lelaki, tak perlu ada doktor perempuan? (doktor perempuan lagilah diperlukan sekarang!!!)
Sedangkan seorang wanita dikurniakan dengan terlalu banyak kelebihan, apakah patut dibazirkan begitu sahaja? Kufur nikmat namanya! (tetibe je…) Tapi memang betul pun kan?
Menjadi mukmin sejati, bukanlah bermaksud duduk di masjid 24 jam semata-mata. Kalau tak ada daya dalam dakwah, susahlah umat zaman itu. Rasulullah pun ada kata, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.”
Hidup saling bantu-membantu tapi tak nak ingatkan soal mati, soal kiamat dan akhirat. Apa guna bersahabat, tapi tak pernah sekali pun solat berjemaah bersama? Apa makna berjaya tapi tak pernah niat kerana Allah? Kerana Islam? Apa makna Muslim pada nama tapi tak pernah mengamalkan Islam? Apa makna cinta bagai nak rock-rak pada boyfriend, girlfriend tapi tak nak bawak sama-sama ke syurga? Rabiatul Adawiyah bahkan sanggup tinggalkan bahagia atas dunia demi berjaya di akhirat. Sanggup bersusah-payah atas dasar cinta yang tak terhingga kepada Allah… lupakan soal menjadi isteri dan memilih untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa, yang mencintai dan dicintai Allah… yang tak fikir pasal exam dan test berapa paper lagi tapi fikir ujian dan dugaan setiap hari sebagai soalan exam untuk akhirat esok… yang redha dan sabar menerima segala macam ujian… yang sentiasa bermujahadah melawan nafsu dan godaan syaitan.
Masalah zaman ini juga, apabila sebut mujahadah, ramai yang terus masuk bab cinta-kahwin-isteri solehah-baitul muslim punya genre. Sedarlah, wahai sahabat, adinda pewaris tulen dakwah sekalian… punyalah luas dunia ini, punyalah luas Islam ini, takkan itu saja mujahadah yang kita mahu buat? Ini juga salah satu sebab ana memilih Rabiatul Adawiyah sebagai subjek. Hawa ini tidak memilih untuk berkahwin kerana yang paling dicintai bukanlah adam tapi Tuhan yang telah menciptakan adam… betapa besarnya kasih sayang hawa ini pada penciptanya, nak dibandingkan dengan kita? Ana tertunduk bila dengar soal cinta. Malu pada diri sendiri, malu pada Allah. Diri sendiri tak betul lagi, bermimpi nak bangunkan suami solat tahajud? Silap-silap kita yang terlajak tidur sampai terbabas subuh! Naudzubillah…
Ana tak kata jangan mimpilah nak kahwin tapi sebelum tiba masanya, ana menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk memperbetulkan niat di hati dahulu. Atas sebab apakah kita berubah dan beralih dari zaman jahiliyah ke zaman hijrah?
Demi Allah? Demi Islam? Demi dakwah? Demi ibu bapa? Demi masyarakat? Demi diri sendiri? (tepuk dada tanya iman…). Kerana itu ana rasakan Rabiatul Adawiyah adalah subjek yang sesuai dibincangkan dalam dakwah. Hawa ini adalah contoh wanita yang hidup dan matinya kerana Allah dan Islam semata-mata, bukan “you jump, I jump” punya genre.
Sejarah hawa ini bukan untuk dibanggakan, tetapi dibawa ke dalam diri kita. Lahirkan Rabiatul Adawiyah dalam jiwa kita. Tanamkan semangat setinggi hawa ini, suburkan cinta kita pada Allah dan Rasulullah sepertimana hawa ini… dan sebarkan semangat ini kepada hawa-hawa lain di sekeliling kita… insyaAllah… Mudah-mudahan akan lahirlah sebuah masyarakat yang pencinta agama, pencinta Islam, pencinta dakwah dan pencinta ummah… Walaupun tak ramai, tapi semoga hati-hati yang terdidik dan ditarbiyah ini akan sentiasa dinaungi cahaya hidayah dari Allah untuk meneruskan perjuangan mendidik manusia ke jalan Firdausi… didiklah hati kita. Moga-moga suatu hari nanti, apabila seseorang bertanya rahsia kejayaan kita, kita boleh menjawab, “Kerana cintaku pada Allah melebihi hidup dan matiku.”
InsyaAllah…. Usaha, sabar, tawakkal, dan redha, akan menjadi kunci kejayaan dunia dan akhirat…
Wallahualam…
20/7/2012 (11.43 pm)


No comments:

Post a Comment