Friday, November 9, 2012

...........TANDA CINTA...........?

Bismillah…
InsyaAllah, tajuk hari ini… “TANDA CINTA”, bermula di atas tikar sembahyang, sebagai ilham Allah S.W.T. buat ana, sebagai tarbiyah Dia untuk ana yang sentiasa kelemasan dengan dunia…
mungkin juga sekadar luahan hati ana sendiri, mungkin juga imaginasi ana sendiri.....siapa tahu kan?
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.......

***

Aku di mana…? Aku di mana? Aku di manaaaa???

Gelap. Keliling aku Cuma gelap. Tiada yang boleh dilihat. Tiada!

Kakiku melangkah dengan perlahan. Antara berani dan gentar, kaki ini terus melangkah. Ya Allah… aku di mana ni, Ya Allah…

Hati terasa sebal… hancur… aku berjalan tunduk. Tanpa semangat…

Tiba-tiba, satu suara yang kuat dan jelas kedengaran…

“Kamu dikelilingi syaitan, wahai anak cucu Adam! Syaitanlah yang sedang memerangkapmu!”

Aku mencari arah suara itu. Tiada! Tiada sesiapa di sekelilingku. Dari mana suara itu datang? Mata aku melihat-lihat ke semua arah.

Syaitan? Benarkah? Aku mula ketakutan. Tubuhku terasa menggigil.
Ya Allah…. Aku takut Ya Allah…Tolong aku Ya Allah… tolong aku….

“Mengapa kamu takut?” suara itu kedengaran lagi.

Tadi suara itu kedengaran seperti marah. Sekarang, berbunyi lembut dan syahdu… mendengarkannya, aku terasa ingin menangis…

“Apakah pantas bagi kamu untuk takut kepada syaitan? Bukankah Allah itu Tuhanmu?”

Air mataku menitis. Benar…Allah itu Tuhanku, dan Tuhan seluruh alam.
Aku tidak takut pada syaitan. Tapi aku takut kiranya ia berjaya menyesatkan aku!

Tiba-tiba saja, warna gelap di sekelilingku berubah menjadi bayang-bayang yang bergerak. Suara hilai ketawa pula kedengaran. Mengerikan! Aku kalut, mencari satu arah yang bagiku selamat. Tapi di mana? Aku tidak berani berpaling ke belakang lagi… aku mesti lari!

Namun kaki aku tertahan oleh satu benda dan aku tersadung. Lalu wajah yang menakutkan wujud di depan mataku! Syaitan??? Tidak! Tidak! Pergi dari sini! Pergiii!!!
Aku mengeleng-gelengkan kepala berkali-kali. Tanganku menekap dahiku.

“Kau takut pada aku….hahahaha!!!! kau takut pada aku!!!!” lembaga itu mengeluarkan suara yang jijik.

Pergiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

‘Allahuakbar……’

Lintasan kalimah itu, dalam fikiranku….lalu aku lontarkan dari bibirku dengan air mata yang mengalir…

“Allahuakbar…….”

Sepintas lalu, segala kegelapan disedut keluar menjadi satu titik cahaya……………..

***

“Kamu sudah sedar?” satu suara mengejutkan aku.

Mataku berkedip-kedip beberapa kali. Cahaya terang bagai menusuk bola mata.

“Ustaz…..?” sungguh aku tidak percaya. Susuk tubuh itu di depan mataku! Tidak mungkin!

Aku melihat keadaan diriku. Bagaimana aku boleh terduduk di kerusi warna putih ini? Mana tempat ini? Tempat ini lain dari tadi. Sini sangat cerah… warna putih memenuhi ruang di mana-mana.

“Bagaimana ustaz….” Belum sempat aku menghabiskan kata, ustaz sudah memintas.

“Mari kita berjalan-jalan. Lihat. Di sana pemandangannya sangat cantik.” 
 Lembut suara lelaki itu dengan senyum berseri-seri di wajahnya.

Aku tidak terkata. Ustaz sentiasa bersuara yang menyembuhkan hatiku. Seringkali membisikkan doa dan kalimah yang bahagia di telingaku. Lidah aku sering kali kelu dengan nur yang terbias di wajahnya.

Ustaz bangun lalu berjalan ke satu arah. Aku mengikutnya dengan langkah sederhana. Arah laluan kami kini berkabus, dan dari celah kabus itu……… tampaklah satu keindahan yang tidak pernah dilihat sebelum ini…..

Bagai dalam lukisan, aku kini berada di puncak bukit yang menghijau, di bawah sana kelihatan beberapa anak sungai… tapi warna air sungai itu berwarna-warni… aku hairan, tapi juga kagum! 
Kawasan pinggiran bukit penuh dengan bunga-bungaan yang cantik dan berbau harum. Bunga-bunga yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Daun-daun menhijau dan melambai-lambai dengan angin yang membuai, mendamaikan jiwa yang gelisah.

Ustaz berjalan menuruni bukit dengan laluan yang agak landai itu. Aku mengikutnya dari belakang.

“Kenapa kamu bersedih?” ustaz bertanya tiba-tiba. Aku terdiam sebentar.

“Di tempat yang indah seperti ini, tidaklah layak untuk seorang manusia bersedih. Apakah kamu ini hamba Allah yang tidak tahu bersyukur?” masih dengan lembut suaranya, ustaz menegurku.

Aku menelan liur. Bagaimana aku harus menjawab soalan ustaz? Aku takut…aku malu…

“Ustaz….saya rasa kekosongan….dan… saya tak tahu kenapa saya jadi begini…”

Ustaz berhenti berjalan lalu memalingkan kepalanya ke arahku. Aku terhenti.
Di hadapan ustaz, aku tidak berani berbohong dan menyembunyikan perasaan aku. Lalu aku kuatkan hati untuk menyambung kata.

“Saya….saya ingin sekali kembali seperti dulu… bebas dan bahagia… ustaz tahu bukan, saya sudah pernah berubah sebelum ini… dan ketika itu, saya terasa bebas! Bebas dari bebanan dunia! Dan ustazlah yang banyak membimbing saya… begitu juga sahabat-sahabat saya…”
Ustaz terus memandangku. Aku menyambung lagi.

“Tapi sejak akhir-akhir ini, saya terasa……hilang…saya rasa diri saya hilang! Padahal dulu saya begitu bahagia saya berubah. Padahal dulu saya menangis mengenangkan hati-hati yang bertemu kerana Allah. Saya rasa gembira bila belajar menutup aurat dengan sempurna, dan menjaga pergaulan dengan ajnabi. Saya rasa cukup bahagia waktu itu! Tapi……sekarang…saya hilang segala-galanya. Saya hilang kata-kata keinsafan dalam diri. Saya hilang kata taubat dalam diri. Saya hilang masa-masa yang terisi yang saya rindui. Saya bahkan terasa hilang sahabat-sahabat yang sentiasa jadi penguat di sisi! Sedangkan mereka tidak pernah hilang! Mereka ada bersama saya! Apa yang terjadi pada saya, ustaz….sungguh… saya tidak tahu…!” air mata aku mengalir lagi.

Bila ustaz masih tidak bersuara, aku bertanya.

“Ustaz……apakah….apakah saya sudah hilang…….hilang keimanan….? Apakah… saya…saya….?” Aku tidak sanggup!!! Aku tidak sanggup mengatakannya lagi!!! Ya Allah!!! Ampunkan aku, Ya Allah!!! Air mata bagai anak sungai mengalir laju.

Ustaz melihat aku dengan wajah yang tenang.

“Wahai anak Adam yang diuji, lihatlah kebesaran Allah sebagai tanda cinta Dia kepadamu, sebagai penawar kepada hatimu yang luka. Apakah ada kecacatan pada ciptaan-Nya?” ustaz bertanya. Aku mendongak memandang ustaz. Lalu aku alihkan pandangan ke arah bukit, hutan dan sungai-sungai. Tiada! Tiada kecacatan!

“Mengapa kamu berubah dulu? Boleh ustaz tahu sebabnya?”

Aku terkedu. Mengapa? Adakah ada sebab lain aku berubah selain Allah? Aku mengenang kembali….

Rasanya tidak pernah sekalipun aku terfikir untuk berubah di suatu tempat yang asing bagiku dulu. Aku tidak pernah terfikir akan menemui satu perkampungan yang penuh dengan hati-hati yang membawaku ke jalan terang. Dan aku juga tidak pernah terfikir, akan menemui…….

Tanda cinta....ya, tanda cinta!

Dialah yang tanpa aku sedari, sudah menyentuh hatiku dan aku pasti dia tidak pernah tahu. Dialah yang sentiasa berwajah tenang, tanpa aku sedari mengusik hatiku dengan tingkahnya. Dialah yang membuka pintu hati ini dengan hikmah kata-kata yang sederhana tapi penuh makna. Dialah yang aku kagumi, dan aku tidak pernah menemui susuk tubuh sepertinya. Dialah yang membawa maksud cinta dalam jaluran nadi dan salur darahku. Dialah, orang yang pertama kali membuka satu lembaran kisah dalam hidupku……………………….

(Akan bersambung………………..sabar ye~~~)

Friday, October 26, 2012

RANDOM POEM~~~ENJOY WITH A HEART AND NOT MERELY BY EYES~~~


Adakah satu kesalahan bagi seorang manusia melakukan kesalahan?
Padahal, dia bukannya Tuhan…
 Adakah satu bencana bila seorang manusia mencari kebahagiaan?
Padahal, dia punya hati dan perasaan…
Adakah satu kekejaman bila seorang manusia membuat keputusan?
Padahal dia punya Tuhan di sisinya…
Sanggupkah kita lihat seorang manusia, hidup semanusianya, sebagai manusia dan ingin terus menjadi manusia… hilang segala-galanya kerana manusia yang lain?
Ketika itu, manusia itu akan lihat kekejaman manusia yang lain.
Kita, akan lihat sisi lain seorang manusia, pada satu kaca mata yang sama.
Dunia ini semakin gila, bila manusia menggilainya…
Akal semakin hilang, bila nafsu yang meracuninya…
Jiwa sudah kekeringan, bila cahaya sudah malap di hari siang…
Kelangsungan hidup bersandarkan pangkat, harta dan rupa…
Kematian jiwa juga kerana pangkat, harta dan rupa…
Kita makin lupa siapa diri kita…
Kita lupa kita lahir sebagai ‘apa’ dan ‘siapa’…
Kita malah lupa asal kita,
Rumah kita,
Perjalanan kita,
Tugas-tugas kita,
Saudara-saudara kita…
Saudara…heh…
Ungkapan ini bagai tidak pernah wujud.
Sedangkan lahirnya kita kerana seorang saudara.
Hidupnya kita kerana seorang saudara.
Dan saudara kita juga, adalah manusia.
Jadi kita?
Siapa kita?
Apakah kita?
Manusia?
Adakah kita manusia?
Benarkah kita manusia?
Kalau kita manusia, kenapa kita hidup berlandaskan nafsu kebinatangan?
Kenapa kita bernafas dengan merampas hidup seorang manusia yang lain?
Kenapa???
Sedangkan manusia itu juga bernafas…
Manusia itu juga menghirup udara yang sama dengan kita…
Berpijak di atas bumi yang sama…
Dan berasal dari tempat yang sama, rumah yang sama…
Perjalanan yang sama, punya tugas-tugas yang sama…
Merekalah saudara kita…
Saudara yang tidak pernah kita kenali.
Tapi itu hakikat.
Dan sesetengah nafsu enggan menerima hakikat itu…
Kerana nilai manusia dilihat pada pangkat, harta dan rupa…
Ketahuilah manusia bahawa kamu tidak pernah keseorangan…
Kerana wujudnya kamu bukan kerana kebetulan,
Dan dunia ini bukannya permainan kamu…
Dunia ini bukan milik kamu…
Di antara saudara-saudara kamu, musuh-musuh kamu…
Masih ada yang seangkatan dengan kamu…
Penghuni dunia yang tidak terlihat.
Yang wujud sebelum kamu, selepas kamu…
Dan mereka sudah lama menyaksikan,
Sejarah-sejarah sekumpulan manusia.
Yang apabila hilang pedoman,
Mereka hilang segala-galanya.
Mereka melihat bagaimana manusia begitu bodoh dalam menjelajah dunia.
Bagaimana manusia mencari keriangan dalam kehancuran seorang manusia yang lain.
Mereka sudah menyaksikan kekejaman, kehinaan, benci, sakit, cemburu, kecelaruan, dan kebodohan dalam diri makhluk bernama manusia…
Apakah alas an kita?
Di mana kita mahu menutup aib kita?
Penghuni dunia yang lain sudah melihat diri kita ditelanjangkan.
Kita sudah malu…
Tapi tidak pernah sekali pun kita rasa malu bila berhadapan dengan Tuhan dengan lumuran najis-najis dosa pada tubuh kita…
Manusia…
Hilang akal menjadikan kita bahagia…
Walau bahagia itu sementara saja…

Saturday, September 29, 2012

Dalam Mihrab Cinta~Bukan Derita yang Kami Doakan

Assalam...
Sudah terlalu lama tak buka blog ni....ana rasa bersalah pulak...
(pesal pulak???)erm....biar je la...

Ha!!! sudah3! Hari ni, ana nak guna bahasa sempoi punye! Bukan ape, ana pon mudah sangat bosan dengan 'keformalan' (macam formalin) bahasa, apatah lagi untuk tulisan relaks2, santai2 macam ni...
 Though at first, I thought to be a little bit formal and professional, but I guess I know my own limit and my own ability. I'm definitely not that kind of person!!!

Hah! Biarkan! Hari ni, ana nak kongsi satu cerita, cerita menarik, satu realiti....
di hadapan mata ana sendiri... tiada niat di hati untuk mencaci, mengeji, mengutuk, mengumpat dan sebagainya... Sebaliknya, ana harap cerita ni jadi pengajaran pada semua, baik lelaki mahupun perempuan. Ini mungkin perkara yang sering terjadi pada hari ini, pada zaman sekarang, dan ana tak berapa gemar dengan situasi macam ni...

Ini cerita tentang 'dia', 'si dia' seorang lelaki....dan awal-awal lagi ana nak cakap ini bukannya luahan hati ana ke ape menda!!!  

Walaupun rindu, tapi perlu bersabar.
Walaupun sayang, tapi perlu ikhlas.
Walaupun cinta, tapi perlu mujahadah...
(quoted-SR)

Dia baik. Dia bijak. Dia ramah. Dia bersopan. Dia berusaha. Dia bertindak. Dia berwibawa. Dia disenangi ramai. Dia berpotensi besar. Dia berwajah sejuk mata memandang. Macam sempurna kan? Dialah.... salah seorang Muslimin yang ana kenali dari ramai-ramai, yang saya kagumi dan cemburui, tapi seriously! This is not me saying that i'm into that kind of feeling with him, okay!!!

(Walaupun dekat atas ana kata nak guna bahasa sempoi, tapi kat bawah ni, tetap penuh dengan nilai kesusasteraan...so....sabar je la....)

And the story starts... awal perkenalan kami, memang mukalah yang jadi penilaian. Setelah kenal untuk satu tempoh, maka teranglah sifatnya yang sangat peramah orangnya. Seringkali senyum dan ketawa, menyenangkan hati semua.

Bertoleransi, tak mudah melatah, tak mudah naik darah...
Kemudian, kebolehannya dikorek, ditemui dan diasah oleh 'Gerakan Dakwah dan Ukhuwah' yang wujud di sini.
Maka terserlahlah potensi dan bakat semula jadi seorang pendakwah yang berwibawa, berilmu dan mampu beramal dengan baik.

Semakin hari, dia mempunyai makin ramai teman. Yalah... selain manis mulut dan wajah, dia memang mudah mesra dengan siapa pun. Siapa yang tidak senang hati dengan sikap 'gentleman' dan menghormati orang yang ada pada dia... (mungkin ada yang tak setuju tapi...ini ikhlas dari hati ana jadi........jangan nak kutuk ana sebab berlaku jujur!)

Dan di antara teman-temannya, bukan saja Muslimin tapi juga Muslimat. Atas dasar ukhuwah dan perjalanan dakwah, kami (ana, Muslimin dan Muslimat lain) sering kali bersama-sama menganjurkan dan menyertai aktiviti yang memerlukan kerjasama antara Muslimin dan Muslimat. Ini boleh dikatakan alternatif untuk membuktikan bahawa Islam bukan menyekat kebebasan bersuara dan menafikan hak perempuan dalam soal kepimpinan. Apapun, kami tidak pernah berniat menganjurkan ikhtilat dalam aktiviti kami. Tapi...........apapun boleh terjadi......bila Allah dah benarkan....

Atas kesempatan itu, maka si dia pun rapatlah dengan salah seorang Muslimat. Dan....mungkin boleh teka apa yang berlaku.......kedua-duanya terkesan dengan kehadiran antara satu sama lain (entah betul ke tak description ni...) atau dengan kata lain...jatuh hati!

Memanglah kata orang, cinta itu buta. Walaupun kedua-duanya dalam jaluran Islam, dalam tali-temali ukhuwah, dalam perjalanan dakwah, tapi ketegasan dan keteguhan iman belum mapan. Maka timbullah masalah....

Kedua-duanya sama cantik, sama padan, memang sesuai kalau disatukan. Masalahnya, belum sampai masa yang sesuai, masa yang benar dan pasti, untuk mereka bersatu. Ana pasti mereka juga sedar kenyataan ini, walaupun perit bagi mereka yang melaluinya. Kami, sebagai sahabat, mengharapkan mereka lebih mementingkan kelangsungan dakwah daripada soal hati dan perasaan. Kerana apa? Kerana sebagai pendakwah ataupun bakal pendakwah, ataupun sekurang-kurangnya yang mempunyai ilmu tentang dakwah, inikah yang kita nanti-nantikan?

Dalam ikatan dakwah, tapi bercinta? Dating? Atau guna alasan studi sama-sama? Sekadar berbual? Sekadar tanya khabar? Sedangkan kami yang memerhati, menahan rasa....

Tali ukhuwah kami tegang tiba-tiba...
Ana tahu, akan ada yang kata, "Alah....bukannya buat apa pun...." ataupun "Biasalah tu....orang muda..." ataupun "Biarkan je lah...lama-lama nanti kahwin jugak. Doakan je lah..."......dan sebagainya. Terus-terang ana katakan, mereka yang berkata sedemikian bukan orang yang menghayati Islam!

Ana bukan tak nak mendoakan....
Tapi, bagi ana, itu bukan perkara biasa, dan bukan sesuatu yang patut dibiasakan!

Sudah jelas hukum tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan dalam Islam.
Jika bukan muhrim, HARAM berdua-duaan!

Memanglah tidak pernah ada dalam Al-Quran atau hadis tentang bercinta sebelum nikah (atau mungkin ana tak cukup ilmu). Dan memang tidak ada rasanya larangan  tentang dua orang yang jatuh cinta, dua orang yang suka sama suka perlu dibunuh, dipenjara atau dibuang negeri, tak pernah ada! Kecuali orang yang melakukan zina.

Tapi!

Islam itu tentang akarnya. Imannya. Jika tidak dijaga akar, manakan dapat buah yang segar. Manakan dapat daun yang hijau. Manakan teguh batang dan dahannya.
 (quoted-SR)

Jika berani, datanglah seorang lelaki ke depan ana dan katakan dengan jujur, bahawa kamu TIDAK pernah terkesan dan TIDAK akan terkesan dengan kehadiran seorang perempuan bukan muhrim di mata kamu jika berdua-duaan!
Katakan pada ana yang IMAN kamu sentiasa terjaga dan teguh TANPA perlu membataskan pandangan dan pergaulan dengan seorang perempuan! Katakan demi Allah!

Tapi sayang...
Dia itu sudah bercambah tunas Islaminya, dan mempunyai tanda-tanda menjadi pohon dakwah yang teguh berdiri dan mampu memayungi masyarakat Islam.
Tapi bila dibajai dengan 'baja cinta bukan organik', pertumbuhannya terbantut, dan bunganya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan...

Apa yang pasti.....tidak pernah terniat di hati ana dan sahabat yang lain, mahukan keduanya terpisah. Tidak pernah terniat pun di hati kami menyuruh masing-masing 'lupakan saja apa yang dikatakan perasaan cinta itu'. Kami hanya tidak mahu mereka terjebak dengan satu lagi penyakit dalam dakwah Islam, iaitu yang dikatakan 'Cinta Islamik'. Kalau pun wujud, pastinya wujud dalam suasan rumah tangga yang diberkati.

Ikhlas ana katakan, jika cinta itu datang daripada Allah, maka siapalah ana untuk menghalangnya. 
Tetapi cinta yang Allah turunkan itu seharusnya suci dan bersih, maka janganlah kamu kotorinya.

Cinta adalah nikmat dan juga racun. Nikmat kerana pemberian Allah, tetapi racun kerana mudah diresapi bisikan syaitan.(quoted-SR)

Maka ini semua boleh jadi amanah dari Allah, boleh jadi ujian daripada Allah, dan boleh jadi rahmat daripada Allah....untuk mereka berdua.
Paling tidak tahan, bila kedua-duanya hilang seri wajah, hilang manis senyuman, hilang sifat keramahan, kerana pihak yang satu lagi. Tidak pasti kerana sedang kuat bergelut menahan dengan mujahadah, atau atas sebab yang sama saja dengan couple-couple lain di luar sana. Ana hanya mampu bersangka baik.

Runsing hati kami, bimbang di hati kami, marah dan kecewa di hati kami!
Walau apa pun, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka dan untuk kami semua...

Wahai temanku...
Dikau seorang manusia yang dirahmati,
Maka janganlah engkau sia-siakan rahmat itu.
Wahai kawan,
Dikau seorang insan yang diberkati,
Maka janganlah engkau hilangkan keberkatan itu.
Wahai sahabat,
Dikau seorang sahabat yang disenangi,
Maka janganlah engkau lupa akan doa sahabat-sahabatmu...

Kebahagiaanmu dalam doaku. Kejayaanmu jadi harapanku. Syurga Firdausi cita-citamu, aku aminkan setulus hati...
Sungguh....bukan derita yang kami ingin lihat di wajahmu. Bukan sisa air mata yang kami ingin di matamu. Bukan sesalan yang kami ingin lihat dalam dirimu.
Sungguh, bukan derita yang kami doakan!

Bermujahadahlah, wahai teman.
InsyaAllah, rahmat Allah akan datang padamu....

29092012
5.35pm

Sunday, July 29, 2012

SELAMAT MENJEJAK KE DUNIA, WAHAI ROH PILIHAN ALLAH~ ~Kelahiran penuh keajaiban~

Bismillah…
Assalam pada yang sudi membaca tinta mentah penuh kesalahan tatabahasa ini…
Sempena kelahiran anak saudara yang kelima ini (jangan jeles…), ana ingin menceritakan sedikit pengalaman menanti kebersalinan kakak iparku, melahirkan anaknya yang kedua…
Terus-terang, ana sebenarnya excited yang teramat sangat sebab walaupun dah kelima, tapi ini first time ana berpeluang menunggu duenya bersama-sama keluarga. Yalah, sebelum ni kalau bukan sebab sekolah sampai petang, sebab belajar jauh, duduk kolej, jadi tak berpeluanglah nak sambut baby sama-sama. Kali ini, ana tak melepaskan ‘golden opportunity’ ini dan ikut sekali ke hospital sampailah baby keluar…
Sudah jadi kebiasaan, ana akan mimpi ngeri bila tidur lepas subuh dan bangun pagi itu dalam keadaan tercungap-cungap jugak la…tapi itu tidak mematahkan semangat ana untuk ikut pergi ke hospital dengan mummy dan daddy. Dalam perjalanan mummy sempat cerita macam mana Kakak (first niece) tak nak pergi sekolah, katanya nak tunggu adik (baby) keluar… Papanya terpaksa pujuk dengan bagi pakai baju kurung yang sepatutnya pakai hari raya… barulah semangat nak pergi sekolah. Memang…
Sampai ke hospital, kami dibawa ke hadapan labour room. Malangnya, ana tak berpeluang masuk sebab kat luar labour room tu dah tulis ‘Hanya suami, ibu @ ibu mertua sahaja yang dibenarkan masuk.’ Ingatkan boleh tengok macam mana baby lahir… takpelah. Sabar saja la… Kata abang, bukaan baru 2cm, kena tunggu sampai 8cm baru kak ipar boleh push. Ana berdoalah semoga kak ipar selamat dan sabar menahan sakitnya.
Dari pukul 10 pagi hingga lebih kurang pukul 12 tengahari, ana tunggu saja. Doktor jangka baby akan lahir pukul 4! Sambil tunggu, ana SMS pada kawan-kawan, ‘Di luar labour room’.  kononnya nak bangga la dah nak dapat seorang lagi anak saudara. Kebanyakannya tahu ana bakal menyambut kelahiran seorang lagi anak saudara. Ada yang ucap ‘congrates’, ada yang ucap ‘semoga selamat’, ada jugak yang lurus bendul tanya ‘What? Are you pregnant???’ Ana tergelak dengan reply seorang sahabat ‘bertuah’ ni… Abang ana keluar juga kejap sebab penat menunggu. Abang ana itu pun satu, time tu jugak la dia demam urat.
Tengah-tengah ana bosan, tiba-tiba abang, mummy dengan kak ipar berjalan keluar dari labour room. Dah beranak ke? Tapi kak ipar nampak okey je jalan. Abang cakap kena masuk wad dulu. Tunggu bukaan besar sikit baru masuk labour room semula. Lah…pulak dah… jadi kami pun masuk bilik wad 208. Abang dah nak pengsan sebab sakit kepala. Abang aku ni…bini dia yang nak bersalin, dia pulak yang sakit…karang kan dalam labour room tu dia yang pengsan dulu. Ana pergi 7-11 dengan abang untuk beli panadol. Dia dah tak tahan sakit kepalanya. Ana cakap, bukak-bukak je la puasanya. Kan dia yang pengsan dulu. Lepas balik semula ke wad, dah masuk waktu Zuhur. Ana solat di surau dan mendoakan semoga kelahiran kak ipar dipermudahkan.
Bila kami balik ke wad, ana lihat kak ipar dah mula sakit-sakit, asyik ulang-alik ke tandas (tak faham kenapa sebenarnya…). Tadi nurse dah bagi ubat tahan sakit tapi kak tak boleh baring pun katanya. Sakit.
Saat-saat melihat kak ipar tahan sakit itu mungkin saat paling bermakna dalam penantian ana. Abang cakap kak sakit sampai menangis, tapi nurse suruh rehat dan tidur dulu. Tapi memang kak tak boleh tidur. Sakit… Ana lihat sendiri abang ana gosok lengan kak sambil membisikkan zikir di telinga kak ipar. Tergambar kerisauan di wajah abang ana, yang jarang sekali ana tengok air mukanya seperti hari itu. Mummy ana pun turut sama urut-urut kaki kak. Waktu itu, ana terbayang, macam ni jugak la mummy nak lahirkan ana dulu agaknya. Mummy ada enam orang anak. Macam mana la mummy sanggup tahan sakit macam tu sekali sebab nak lahirkan kami semua… air mata ana berlinang bila tergambar pegorbanan mummy tapi ana sembunyikan.
Dalam pukul 2 lebih, kak minta abang panggilkan nurse tapi nurse minta kak tidur dulu sebab ubat tahan sakit tu memang memeningkan kepala. Ana tak puas hati dengan jawapan nurse tu sebenarnya tapi ana diamkan saja. Sabar sajalah, mereka lebih tahu pasal semua ni. Dalam pukul 3, kak minta nurse datang lagi. Kali ini, dua orang nurse datang untuk check bukaan. Salah seorang tiba-tiba bersuara, “Allah!”
Nurse tu kata bukaan dah sampai 8cm. Kak ipar perlu dipindahkan ke bilik bersalin. Nurse suruh abang bawakan baju baby, baju untuk kak tukar, kain dan sebagainya, kelam-kabut abang ana cari itu, cari ini… nurse bawa kak dengan kerusi roda. Kak masa tu tengah tahan sakit dengan muka berkerut.  Abang dan mummy ana ikut sekali. Tinggallah ana di bilik wad tu… menanti dan tak henti-henti memikirkan keadaan kak ipar dengan bayinya…
Pukul 3.30, keluarga sebelah kak ipar datang. Baru balik dari ambil Kak Chik (adik kak ipar) dari sekolah. Lalu mak degan ayah kepada kak ipar terus ke bilik bersalin. Dalam pukul 4 lebih, mak kak ipar telefon  dan cakap kak dah selamat bersalin anak perempuan… Alhamdulillah… kelahiran normal tanpa luka jadi tak perlukan jahitan. Ana tepuk tangan bila dengar. Yalah, first baby dulu lahir dengan caeseran, kali ni normal dan mudah saja. Syukur Alhamdulillah…
Dalam 4.30, daddy dan Kakak tiba di hospital. Kak ipar pun dah balik semula ke bilik wad. Kakak cakap dia  nak tengok baby. Ana pun sama. Kak Chik dengan Syafiq (anak sedara sebelah kak ipar) tu pun tak tengok lagi, cuma tengok gambar yang ambil dengan phone saja.
Abang ana bawa kami, sekumpulan kanak-kanak riang ini, ke bilik baby. Kami cuma dibenarkan tengok dari luar saja. Kakak dah tak henti sengihnya. Adik yang diidam-idamkan di depan mata… muka baby mirip kakaknya. Dia merungut sebab tak boleh masuk dan pegang baby.
Abang ana kata, ‘Baby tak sihat lagi, doktor nak check baby dulu. Mama pun tak sihat lagi, tak boleh dukung baby.’ Kakak jawab, ‘Tak pe la…Kakak yang dukung…’ Ana tergelak. Besar mana sangat la Kakak nak dukung baby. Tapi dalam gelak, ana terharu jugak dengar Kakak yang baru 3 tahun dah pandai cakap macam tu.
Ana, mummy dan daddy balik rumah dulu untuk siapkan lauk berbuka puasa. Dalam perjalanan pulang, kereta bergerak perlahan sebab traffic jam. Banyak yang ana fikir…
Ana tak akan lupa tarikh 22/7/2012. Ana tak akan lupa wajah kakak ipar yang menahan kesakitan, itupun dikira kelahiran mudah. Ana tak akan lupa bagaimana seorang isteri di saat ingin melahirkan anak sangat memerlukan sokongan suaminya. Ana tak akan lupa wajah abang ana yang kebimbangan sambil membisikkan zikrullah di telinga isterinya. Ana tak akan lupa kesusahan dan kesakitan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Anak pilihan Allah, anak anugerah Allah, anak ujian Allah…
Selamat menjejak ke dunia, wahai Nur Amani Widad, roh pilihan Allah… bila kau sudah mengenal erti, pasti akanku ceritakan kesakitan yang dialami ibumu demi melahirkanmu. Moga-moga kau akan sentiasa menyimpannya di dalam hati, dan membalasnya dengan bakti.
Kau wujud dengan keajaiban… Seperti namamu, semoga kau membawa cahaya ketenangan dan kasih sayang kepada dunia ini…insyaAllah…
23/7/2012 (4.10pm)