Sunday, July 29, 2012

SELAMAT MENJEJAK KE DUNIA, WAHAI ROH PILIHAN ALLAH~ ~Kelahiran penuh keajaiban~

Bismillah…
Assalam pada yang sudi membaca tinta mentah penuh kesalahan tatabahasa ini…
Sempena kelahiran anak saudara yang kelima ini (jangan jeles…), ana ingin menceritakan sedikit pengalaman menanti kebersalinan kakak iparku, melahirkan anaknya yang kedua…
Terus-terang, ana sebenarnya excited yang teramat sangat sebab walaupun dah kelima, tapi ini first time ana berpeluang menunggu duenya bersama-sama keluarga. Yalah, sebelum ni kalau bukan sebab sekolah sampai petang, sebab belajar jauh, duduk kolej, jadi tak berpeluanglah nak sambut baby sama-sama. Kali ini, ana tak melepaskan ‘golden opportunity’ ini dan ikut sekali ke hospital sampailah baby keluar…
Sudah jadi kebiasaan, ana akan mimpi ngeri bila tidur lepas subuh dan bangun pagi itu dalam keadaan tercungap-cungap jugak la…tapi itu tidak mematahkan semangat ana untuk ikut pergi ke hospital dengan mummy dan daddy. Dalam perjalanan mummy sempat cerita macam mana Kakak (first niece) tak nak pergi sekolah, katanya nak tunggu adik (baby) keluar… Papanya terpaksa pujuk dengan bagi pakai baju kurung yang sepatutnya pakai hari raya… barulah semangat nak pergi sekolah. Memang…
Sampai ke hospital, kami dibawa ke hadapan labour room. Malangnya, ana tak berpeluang masuk sebab kat luar labour room tu dah tulis ‘Hanya suami, ibu @ ibu mertua sahaja yang dibenarkan masuk.’ Ingatkan boleh tengok macam mana baby lahir… takpelah. Sabar saja la… Kata abang, bukaan baru 2cm, kena tunggu sampai 8cm baru kak ipar boleh push. Ana berdoalah semoga kak ipar selamat dan sabar menahan sakitnya.
Dari pukul 10 pagi hingga lebih kurang pukul 12 tengahari, ana tunggu saja. Doktor jangka baby akan lahir pukul 4! Sambil tunggu, ana SMS pada kawan-kawan, ‘Di luar labour room’.  kononnya nak bangga la dah nak dapat seorang lagi anak saudara. Kebanyakannya tahu ana bakal menyambut kelahiran seorang lagi anak saudara. Ada yang ucap ‘congrates’, ada yang ucap ‘semoga selamat’, ada jugak yang lurus bendul tanya ‘What? Are you pregnant???’ Ana tergelak dengan reply seorang sahabat ‘bertuah’ ni… Abang ana keluar juga kejap sebab penat menunggu. Abang ana itu pun satu, time tu jugak la dia demam urat.
Tengah-tengah ana bosan, tiba-tiba abang, mummy dengan kak ipar berjalan keluar dari labour room. Dah beranak ke? Tapi kak ipar nampak okey je jalan. Abang cakap kena masuk wad dulu. Tunggu bukaan besar sikit baru masuk labour room semula. Lah…pulak dah… jadi kami pun masuk bilik wad 208. Abang dah nak pengsan sebab sakit kepala. Abang aku ni…bini dia yang nak bersalin, dia pulak yang sakit…karang kan dalam labour room tu dia yang pengsan dulu. Ana pergi 7-11 dengan abang untuk beli panadol. Dia dah tak tahan sakit kepalanya. Ana cakap, bukak-bukak je la puasanya. Kan dia yang pengsan dulu. Lepas balik semula ke wad, dah masuk waktu Zuhur. Ana solat di surau dan mendoakan semoga kelahiran kak ipar dipermudahkan.
Bila kami balik ke wad, ana lihat kak ipar dah mula sakit-sakit, asyik ulang-alik ke tandas (tak faham kenapa sebenarnya…). Tadi nurse dah bagi ubat tahan sakit tapi kak tak boleh baring pun katanya. Sakit.
Saat-saat melihat kak ipar tahan sakit itu mungkin saat paling bermakna dalam penantian ana. Abang cakap kak sakit sampai menangis, tapi nurse suruh rehat dan tidur dulu. Tapi memang kak tak boleh tidur. Sakit… Ana lihat sendiri abang ana gosok lengan kak sambil membisikkan zikir di telinga kak ipar. Tergambar kerisauan di wajah abang ana, yang jarang sekali ana tengok air mukanya seperti hari itu. Mummy ana pun turut sama urut-urut kaki kak. Waktu itu, ana terbayang, macam ni jugak la mummy nak lahirkan ana dulu agaknya. Mummy ada enam orang anak. Macam mana la mummy sanggup tahan sakit macam tu sekali sebab nak lahirkan kami semua… air mata ana berlinang bila tergambar pegorbanan mummy tapi ana sembunyikan.
Dalam pukul 2 lebih, kak minta abang panggilkan nurse tapi nurse minta kak tidur dulu sebab ubat tahan sakit tu memang memeningkan kepala. Ana tak puas hati dengan jawapan nurse tu sebenarnya tapi ana diamkan saja. Sabar sajalah, mereka lebih tahu pasal semua ni. Dalam pukul 3, kak minta nurse datang lagi. Kali ini, dua orang nurse datang untuk check bukaan. Salah seorang tiba-tiba bersuara, “Allah!”
Nurse tu kata bukaan dah sampai 8cm. Kak ipar perlu dipindahkan ke bilik bersalin. Nurse suruh abang bawakan baju baby, baju untuk kak tukar, kain dan sebagainya, kelam-kabut abang ana cari itu, cari ini… nurse bawa kak dengan kerusi roda. Kak masa tu tengah tahan sakit dengan muka berkerut.  Abang dan mummy ana ikut sekali. Tinggallah ana di bilik wad tu… menanti dan tak henti-henti memikirkan keadaan kak ipar dengan bayinya…
Pukul 3.30, keluarga sebelah kak ipar datang. Baru balik dari ambil Kak Chik (adik kak ipar) dari sekolah. Lalu mak degan ayah kepada kak ipar terus ke bilik bersalin. Dalam pukul 4 lebih, mak kak ipar telefon  dan cakap kak dah selamat bersalin anak perempuan… Alhamdulillah… kelahiran normal tanpa luka jadi tak perlukan jahitan. Ana tepuk tangan bila dengar. Yalah, first baby dulu lahir dengan caeseran, kali ni normal dan mudah saja. Syukur Alhamdulillah…
Dalam 4.30, daddy dan Kakak tiba di hospital. Kak ipar pun dah balik semula ke bilik wad. Kakak cakap dia  nak tengok baby. Ana pun sama. Kak Chik dengan Syafiq (anak sedara sebelah kak ipar) tu pun tak tengok lagi, cuma tengok gambar yang ambil dengan phone saja.
Abang ana bawa kami, sekumpulan kanak-kanak riang ini, ke bilik baby. Kami cuma dibenarkan tengok dari luar saja. Kakak dah tak henti sengihnya. Adik yang diidam-idamkan di depan mata… muka baby mirip kakaknya. Dia merungut sebab tak boleh masuk dan pegang baby.
Abang ana kata, ‘Baby tak sihat lagi, doktor nak check baby dulu. Mama pun tak sihat lagi, tak boleh dukung baby.’ Kakak jawab, ‘Tak pe la…Kakak yang dukung…’ Ana tergelak. Besar mana sangat la Kakak nak dukung baby. Tapi dalam gelak, ana terharu jugak dengar Kakak yang baru 3 tahun dah pandai cakap macam tu.
Ana, mummy dan daddy balik rumah dulu untuk siapkan lauk berbuka puasa. Dalam perjalanan pulang, kereta bergerak perlahan sebab traffic jam. Banyak yang ana fikir…
Ana tak akan lupa tarikh 22/7/2012. Ana tak akan lupa wajah kakak ipar yang menahan kesakitan, itupun dikira kelahiran mudah. Ana tak akan lupa bagaimana seorang isteri di saat ingin melahirkan anak sangat memerlukan sokongan suaminya. Ana tak akan lupa wajah abang ana yang kebimbangan sambil membisikkan zikrullah di telinga isterinya. Ana tak akan lupa kesusahan dan kesakitan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Anak pilihan Allah, anak anugerah Allah, anak ujian Allah…
Selamat menjejak ke dunia, wahai Nur Amani Widad, roh pilihan Allah… bila kau sudah mengenal erti, pasti akanku ceritakan kesakitan yang dialami ibumu demi melahirkanmu. Moga-moga kau akan sentiasa menyimpannya di dalam hati, dan membalasnya dengan bakti.
Kau wujud dengan keajaiban… Seperti namamu, semoga kau membawa cahaya ketenangan dan kasih sayang kepada dunia ini…insyaAllah…
23/7/2012 (4.10pm)

No comments:

Post a Comment