Friday, October 26, 2012

RANDOM POEM~~~ENJOY WITH A HEART AND NOT MERELY BY EYES~~~


Adakah satu kesalahan bagi seorang manusia melakukan kesalahan?
Padahal, dia bukannya Tuhan…
 Adakah satu bencana bila seorang manusia mencari kebahagiaan?
Padahal, dia punya hati dan perasaan…
Adakah satu kekejaman bila seorang manusia membuat keputusan?
Padahal dia punya Tuhan di sisinya…
Sanggupkah kita lihat seorang manusia, hidup semanusianya, sebagai manusia dan ingin terus menjadi manusia… hilang segala-galanya kerana manusia yang lain?
Ketika itu, manusia itu akan lihat kekejaman manusia yang lain.
Kita, akan lihat sisi lain seorang manusia, pada satu kaca mata yang sama.
Dunia ini semakin gila, bila manusia menggilainya…
Akal semakin hilang, bila nafsu yang meracuninya…
Jiwa sudah kekeringan, bila cahaya sudah malap di hari siang…
Kelangsungan hidup bersandarkan pangkat, harta dan rupa…
Kematian jiwa juga kerana pangkat, harta dan rupa…
Kita makin lupa siapa diri kita…
Kita lupa kita lahir sebagai ‘apa’ dan ‘siapa’…
Kita malah lupa asal kita,
Rumah kita,
Perjalanan kita,
Tugas-tugas kita,
Saudara-saudara kita…
Saudara…heh…
Ungkapan ini bagai tidak pernah wujud.
Sedangkan lahirnya kita kerana seorang saudara.
Hidupnya kita kerana seorang saudara.
Dan saudara kita juga, adalah manusia.
Jadi kita?
Siapa kita?
Apakah kita?
Manusia?
Adakah kita manusia?
Benarkah kita manusia?
Kalau kita manusia, kenapa kita hidup berlandaskan nafsu kebinatangan?
Kenapa kita bernafas dengan merampas hidup seorang manusia yang lain?
Kenapa???
Sedangkan manusia itu juga bernafas…
Manusia itu juga menghirup udara yang sama dengan kita…
Berpijak di atas bumi yang sama…
Dan berasal dari tempat yang sama, rumah yang sama…
Perjalanan yang sama, punya tugas-tugas yang sama…
Merekalah saudara kita…
Saudara yang tidak pernah kita kenali.
Tapi itu hakikat.
Dan sesetengah nafsu enggan menerima hakikat itu…
Kerana nilai manusia dilihat pada pangkat, harta dan rupa…
Ketahuilah manusia bahawa kamu tidak pernah keseorangan…
Kerana wujudnya kamu bukan kerana kebetulan,
Dan dunia ini bukannya permainan kamu…
Dunia ini bukan milik kamu…
Di antara saudara-saudara kamu, musuh-musuh kamu…
Masih ada yang seangkatan dengan kamu…
Penghuni dunia yang tidak terlihat.
Yang wujud sebelum kamu, selepas kamu…
Dan mereka sudah lama menyaksikan,
Sejarah-sejarah sekumpulan manusia.
Yang apabila hilang pedoman,
Mereka hilang segala-galanya.
Mereka melihat bagaimana manusia begitu bodoh dalam menjelajah dunia.
Bagaimana manusia mencari keriangan dalam kehancuran seorang manusia yang lain.
Mereka sudah menyaksikan kekejaman, kehinaan, benci, sakit, cemburu, kecelaruan, dan kebodohan dalam diri makhluk bernama manusia…
Apakah alas an kita?
Di mana kita mahu menutup aib kita?
Penghuni dunia yang lain sudah melihat diri kita ditelanjangkan.
Kita sudah malu…
Tapi tidak pernah sekali pun kita rasa malu bila berhadapan dengan Tuhan dengan lumuran najis-najis dosa pada tubuh kita…
Manusia…
Hilang akal menjadikan kita bahagia…
Walau bahagia itu sementara saja…

No comments:

Post a Comment