Saturday, September 29, 2012

Dalam Mihrab Cinta~Bukan Derita yang Kami Doakan

Assalam...
Sudah terlalu lama tak buka blog ni....ana rasa bersalah pulak...
(pesal pulak???)erm....biar je la...

Ha!!! sudah3! Hari ni, ana nak guna bahasa sempoi punye! Bukan ape, ana pon mudah sangat bosan dengan 'keformalan' (macam formalin) bahasa, apatah lagi untuk tulisan relaks2, santai2 macam ni...
 Though at first, I thought to be a little bit formal and professional, but I guess I know my own limit and my own ability. I'm definitely not that kind of person!!!

Hah! Biarkan! Hari ni, ana nak kongsi satu cerita, cerita menarik, satu realiti....
di hadapan mata ana sendiri... tiada niat di hati untuk mencaci, mengeji, mengutuk, mengumpat dan sebagainya... Sebaliknya, ana harap cerita ni jadi pengajaran pada semua, baik lelaki mahupun perempuan. Ini mungkin perkara yang sering terjadi pada hari ini, pada zaman sekarang, dan ana tak berapa gemar dengan situasi macam ni...

Ini cerita tentang 'dia', 'si dia' seorang lelaki....dan awal-awal lagi ana nak cakap ini bukannya luahan hati ana ke ape menda!!!  

Walaupun rindu, tapi perlu bersabar.
Walaupun sayang, tapi perlu ikhlas.
Walaupun cinta, tapi perlu mujahadah...
(quoted-SR)

Dia baik. Dia bijak. Dia ramah. Dia bersopan. Dia berusaha. Dia bertindak. Dia berwibawa. Dia disenangi ramai. Dia berpotensi besar. Dia berwajah sejuk mata memandang. Macam sempurna kan? Dialah.... salah seorang Muslimin yang ana kenali dari ramai-ramai, yang saya kagumi dan cemburui, tapi seriously! This is not me saying that i'm into that kind of feeling with him, okay!!!

(Walaupun dekat atas ana kata nak guna bahasa sempoi, tapi kat bawah ni, tetap penuh dengan nilai kesusasteraan...so....sabar je la....)

And the story starts... awal perkenalan kami, memang mukalah yang jadi penilaian. Setelah kenal untuk satu tempoh, maka teranglah sifatnya yang sangat peramah orangnya. Seringkali senyum dan ketawa, menyenangkan hati semua.

Bertoleransi, tak mudah melatah, tak mudah naik darah...
Kemudian, kebolehannya dikorek, ditemui dan diasah oleh 'Gerakan Dakwah dan Ukhuwah' yang wujud di sini.
Maka terserlahlah potensi dan bakat semula jadi seorang pendakwah yang berwibawa, berilmu dan mampu beramal dengan baik.

Semakin hari, dia mempunyai makin ramai teman. Yalah... selain manis mulut dan wajah, dia memang mudah mesra dengan siapa pun. Siapa yang tidak senang hati dengan sikap 'gentleman' dan menghormati orang yang ada pada dia... (mungkin ada yang tak setuju tapi...ini ikhlas dari hati ana jadi........jangan nak kutuk ana sebab berlaku jujur!)

Dan di antara teman-temannya, bukan saja Muslimin tapi juga Muslimat. Atas dasar ukhuwah dan perjalanan dakwah, kami (ana, Muslimin dan Muslimat lain) sering kali bersama-sama menganjurkan dan menyertai aktiviti yang memerlukan kerjasama antara Muslimin dan Muslimat. Ini boleh dikatakan alternatif untuk membuktikan bahawa Islam bukan menyekat kebebasan bersuara dan menafikan hak perempuan dalam soal kepimpinan. Apapun, kami tidak pernah berniat menganjurkan ikhtilat dalam aktiviti kami. Tapi...........apapun boleh terjadi......bila Allah dah benarkan....

Atas kesempatan itu, maka si dia pun rapatlah dengan salah seorang Muslimat. Dan....mungkin boleh teka apa yang berlaku.......kedua-duanya terkesan dengan kehadiran antara satu sama lain (entah betul ke tak description ni...) atau dengan kata lain...jatuh hati!

Memanglah kata orang, cinta itu buta. Walaupun kedua-duanya dalam jaluran Islam, dalam tali-temali ukhuwah, dalam perjalanan dakwah, tapi ketegasan dan keteguhan iman belum mapan. Maka timbullah masalah....

Kedua-duanya sama cantik, sama padan, memang sesuai kalau disatukan. Masalahnya, belum sampai masa yang sesuai, masa yang benar dan pasti, untuk mereka bersatu. Ana pasti mereka juga sedar kenyataan ini, walaupun perit bagi mereka yang melaluinya. Kami, sebagai sahabat, mengharapkan mereka lebih mementingkan kelangsungan dakwah daripada soal hati dan perasaan. Kerana apa? Kerana sebagai pendakwah ataupun bakal pendakwah, ataupun sekurang-kurangnya yang mempunyai ilmu tentang dakwah, inikah yang kita nanti-nantikan?

Dalam ikatan dakwah, tapi bercinta? Dating? Atau guna alasan studi sama-sama? Sekadar berbual? Sekadar tanya khabar? Sedangkan kami yang memerhati, menahan rasa....

Tali ukhuwah kami tegang tiba-tiba...
Ana tahu, akan ada yang kata, "Alah....bukannya buat apa pun...." ataupun "Biasalah tu....orang muda..." ataupun "Biarkan je lah...lama-lama nanti kahwin jugak. Doakan je lah..."......dan sebagainya. Terus-terang ana katakan, mereka yang berkata sedemikian bukan orang yang menghayati Islam!

Ana bukan tak nak mendoakan....
Tapi, bagi ana, itu bukan perkara biasa, dan bukan sesuatu yang patut dibiasakan!

Sudah jelas hukum tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan dalam Islam.
Jika bukan muhrim, HARAM berdua-duaan!

Memanglah tidak pernah ada dalam Al-Quran atau hadis tentang bercinta sebelum nikah (atau mungkin ana tak cukup ilmu). Dan memang tidak ada rasanya larangan  tentang dua orang yang jatuh cinta, dua orang yang suka sama suka perlu dibunuh, dipenjara atau dibuang negeri, tak pernah ada! Kecuali orang yang melakukan zina.

Tapi!

Islam itu tentang akarnya. Imannya. Jika tidak dijaga akar, manakan dapat buah yang segar. Manakan dapat daun yang hijau. Manakan teguh batang dan dahannya.
 (quoted-SR)

Jika berani, datanglah seorang lelaki ke depan ana dan katakan dengan jujur, bahawa kamu TIDAK pernah terkesan dan TIDAK akan terkesan dengan kehadiran seorang perempuan bukan muhrim di mata kamu jika berdua-duaan!
Katakan pada ana yang IMAN kamu sentiasa terjaga dan teguh TANPA perlu membataskan pandangan dan pergaulan dengan seorang perempuan! Katakan demi Allah!

Tapi sayang...
Dia itu sudah bercambah tunas Islaminya, dan mempunyai tanda-tanda menjadi pohon dakwah yang teguh berdiri dan mampu memayungi masyarakat Islam.
Tapi bila dibajai dengan 'baja cinta bukan organik', pertumbuhannya terbantut, dan bunganya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan...

Apa yang pasti.....tidak pernah terniat di hati ana dan sahabat yang lain, mahukan keduanya terpisah. Tidak pernah terniat pun di hati kami menyuruh masing-masing 'lupakan saja apa yang dikatakan perasaan cinta itu'. Kami hanya tidak mahu mereka terjebak dengan satu lagi penyakit dalam dakwah Islam, iaitu yang dikatakan 'Cinta Islamik'. Kalau pun wujud, pastinya wujud dalam suasan rumah tangga yang diberkati.

Ikhlas ana katakan, jika cinta itu datang daripada Allah, maka siapalah ana untuk menghalangnya. 
Tetapi cinta yang Allah turunkan itu seharusnya suci dan bersih, maka janganlah kamu kotorinya.

Cinta adalah nikmat dan juga racun. Nikmat kerana pemberian Allah, tetapi racun kerana mudah diresapi bisikan syaitan.(quoted-SR)

Maka ini semua boleh jadi amanah dari Allah, boleh jadi ujian daripada Allah, dan boleh jadi rahmat daripada Allah....untuk mereka berdua.
Paling tidak tahan, bila kedua-duanya hilang seri wajah, hilang manis senyuman, hilang sifat keramahan, kerana pihak yang satu lagi. Tidak pasti kerana sedang kuat bergelut menahan dengan mujahadah, atau atas sebab yang sama saja dengan couple-couple lain di luar sana. Ana hanya mampu bersangka baik.

Runsing hati kami, bimbang di hati kami, marah dan kecewa di hati kami!
Walau apa pun, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka dan untuk kami semua...

Wahai temanku...
Dikau seorang manusia yang dirahmati,
Maka janganlah engkau sia-siakan rahmat itu.
Wahai kawan,
Dikau seorang insan yang diberkati,
Maka janganlah engkau hilangkan keberkatan itu.
Wahai sahabat,
Dikau seorang sahabat yang disenangi,
Maka janganlah engkau lupa akan doa sahabat-sahabatmu...

Kebahagiaanmu dalam doaku. Kejayaanmu jadi harapanku. Syurga Firdausi cita-citamu, aku aminkan setulus hati...
Sungguh....bukan derita yang kami ingin lihat di wajahmu. Bukan sisa air mata yang kami ingin di matamu. Bukan sesalan yang kami ingin lihat dalam dirimu.
Sungguh, bukan derita yang kami doakan!

Bermujahadahlah, wahai teman.
InsyaAllah, rahmat Allah akan datang padamu....

29092012
5.35pm

No comments:

Post a Comment